PENYANYI dan komposer Yasin Sulaiman mengakui terkejut apabila mendapat tahu ada individu cuba menggunakan namanya bagi membuka akaun baharu media sosial. Biarpun ada sedikit berbeza dari segi ejaan, namun kata Yasin, 51, individu tersebut cuba mencari pengikut baharu daripada akaun peribadinya. “Nama dia pun hampir dengan nama saya. Dia minta follower saya untuk ikuti akaun dia. “Ramai yang hantar mesej kepada saya bertanya hal itu. Memang agak annoying juga apabila terima banyak mesej,” katanya.Yasin bersyukur akaun palsu itu sudah dihapuskan.Yasin ditemui ketika sidang media Konsert Legenda Nasyid Malaysia di Kuala Lumpur pada Rabu.Pelantun lagu Mimpi Laila sebelum itu berkongsi perkara sama menerusi satu hantaran di laman Threads menjelaskan akaun itu bukanlah miliknya. Menerusi tangkap layar yang dimuat naik, akaun tersebut menggunakan nama 'Yasin Sulalman' dan telah mengikut beberapa rakan Yasin di Instagram.ARTIKEL BERKAITAN: Yasin Sulaiman sempat gubah 12 lagu dalam penjara... “Ada kertas dengan pensel saja jadi saya hafal”ARTIKEL BERKAITAN: Cerita dalam penjara cetus kontroversi, Yasin Sulaiman mohon maaf tarik balik kenyataanYasin dalam masa sama bersyukur individu berkenaan tidak sempat melakukan sebarang aktiviti yang mendatangkan mudarat. “Saya baru sedar pagi tadi (Rabu). Bila ramai yang tahu itu bukan akaun saya mereka terus lapor. Jadi akaun tersebut telah dihapuskan.“Kalau dia buat hal susah juga saya,” ujarnya. Sementara itu, bercakap tentang penglibatan dalam Kosert Legenda Nasyid Malaysia, Yasin bersama dua lagi anggota Brothers memberitahu ini satu peluang untuk nama mereka mula dikenali oleh kelompok peminat muda pula.“Ramai yang kenal lagu, tapi tak kenal kami. Konsert ini mungkin jadi pemulaan orang kenal Brothers,” kongsinya. Konsert Legenda Nasyid Malaysia akan berlangsung pada 29 Mei 2027 di Setia City Convention Centre (SCCC).