suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nadiya Nissa dedah Aida Amron risau malukan kakak, nekad belajar lakonan sendiri kejar impian

Nadiya (kanan) dan Aida merupakan adik beradik.

PELAKON Nadiya Nissa tidak dapat menyembunyikan kegembiraan melihat kejayaan adiknya, Aida Amron yang berjaya merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-35, Sabtu lalu.

Nadiya atau nama sebenarnya Nadiyatul Nisaa Kamaruddin, 41, berkata tidak ramai mengetahui hubungan kekeluargaan mereka, namun dia cukup mengagumi semangat juang adiknya yang tidak pernah berputus asa mengejar impian meskipun tidak mendapat restu keluarga.

“Siapa sangka kala keluarga berkata tidak, dia memilih untuk diam dan tidak menyerah.

Aida bersama Nadiya (kiri) ibu serta kakaknya.

“Walaupun ramai tidak tahu, ya dia adik, saya kakak. Tetapi dia belajar sendiri, berusaha sendiri. Memujuk hati dan mempunyai daya tahan,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Menerusi perkongsian tersebut, Nadiya turut memuat naik foto memaparkan Aida ketika menerima trofi kemenangan di pentas FFM35.

Tambah Nadiya, adiknya itu bekerja keras untuk mencari tempat dalam industri seni selain tidak mahu mencalarkan reputasinya yang sudah terlebih dahulu dikenali dalam bidang lakonan.

ARTIKEL BERKAITAN: Menang FFM35, Shaheizy Sam belanja pizza esok... Aida Amron dinobat Pelakon Wanita Terbaik

ARTIKEL BERKAITAN: Khadam menang besar FFM35

Malah, Nadiya turut berkongsi semula dialog yang dilontarkan Aida, 29,  ketika membawa watak Mirah dalam filem Badak, yang disifatkan cukup menggambarkan perjalanan seni adiknya itu.

“Siapa sangka kala keluarga berkata tidak, dia tetap pergi uji bakat, pergi kelas lakonan. Cari ilmu, cari jalan. Isi ruang kosong dalam diri. Tidak mahu memalukan kakak. Penentuan.

“Siapa sangka kala keluarga berkata tidak, ada mimpi yang tidak pernah patah. Sebab Mirah kebal anak Badak! Kalau aku yang cakap, aku akan faham dan aku akan buat apa yang aku perlu buat untuk sampai ke sana.

Koranglah yang sebenarnya memberi inspirasi kepada saya!

AIDA AMRON

PELAKON

“Mirah pilih Mira (panggilan mesra Aida) dan Mira bawa hingga ke penghujungnya sehingga mendapat pengiktirafan di pentas. Alhamdulillah,” luahnya.

Sementara itu, menerusi ruangan komen, Aida turut membalas perkongsian kakaknya itu dengan mengakui pernah berasa bimbang sekiranya penglibatannya dalam industri seni akan memalukan kedua-dua kakaknya.

“Alhamdulillah Ica (panggilan kepada Nadiya). Ya, Mira takut sangat memalukan Ica dan Min (penata gaya fesyen, Min Luna) dalam industri ini.

Nadiya luahkan rasa kagum dengan adiknya.

“Mira cuba jaga diri, buat terbaik, berdoa agar dilindungi dan berserah. Tetapi koranglah yang sebenarnya memberi inspirasi kepada saya! Tunjuk betapa indahnya seni!

“Saya mula mengenali dunia lakonan selepas melihat Ica beraksi dalam teater Tanda. Di situlah bermulanya perjalanan saya,” tulisnya.

Pada Sabtu lalu, Aida pula memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik, menerusi filem Badak.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain