suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Uqasha Senrose tegur Kamal Adli ‘jaja’ kesukaran hidup selepas bercerai, enggan bekas suami raih simpati

Luahan Uqasha di Threads mendapat respons pelbagai.

PELAKON Uqasha Senrose meluahkan rasa kurang senang apabila kisah selepas perceraian melibatkan dirinya kembali menjadi bualan.

Luahan tersebut dipercayai dibuat susulan perkongsian bekas suaminya iaitu aktor Kamal Adli yang menceritakan melalui fasa sukar ketika terlibat dalam penggambaran filem selepas mereka berpisah.

Membalas komen di laman Threads, Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 34, menegaskan perkara tersebut tidak sepatutnya kembali diceritakan kerana kedua-duanya sudah membawa haluan masing-masing.

Komen balas Uqasha di Threads. 

"Tak salah nak jujur, tapi tak perlu nak raih simpati cerita semula kesedihan. Promosi sahaja filem itu. Bila pihak saya nak cerita pengalaman, anda kata buka aib.

"Saya pun ada benda yang dipendam tapi adakah saya tunjuk bukti semua? Ada saya sebut lagi hal titik terendah?

"Saya tak halang dia buat cerita, tapi tak perlu nak kongsi dah hal-hal begitu. Untuk apa? Ada saya kongsi jaga anak lepas cerai?" bebelnya di ruangan komen.

ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli enggan kes cerai ganggu emosi sepanjang penggambaran ‘Takluk 2: OP Daulat’... Buat kecoh dan melawak di lokasi 

ARTIKEL BERKAITAN: “Takkan nak tolak sebab ada dia“ - Uqasha Senrose tiada masalah bergandingan, hormat rezeki Aliff Aziz

Menerusi hantaran asal yang dibuat, pelakon ini mempersoalkan tentang keperluan untuk menceritakan kembali kisah lama.

Malah, Uqasha juga tidak mahu apa yang telah berlaku dalam hidupnya menjadi bahan bualan hanya untuk meraih simpati ramai.

"Saya rasa tak perlu nak cerita kejadian masa penggambaran. Benda dah lepas lama dan saya pun sedikit pun tak sentuh nak buat orang simpati.

Uqasha tidak setuju kisah lama kembali menjadi bualan. 

"Saya tak sentuh langsung selepas bercerai. Ikutkan setiap manusia ada down, tapi pernah ke nak kongsi?" ujarnya.

Dalam temu bual bersama media sebelum ini, Kamal berkongsi pengalaman melalui fasa sukar menjalani penggambaran filem terbaharunya kerana ketika itu dia juga berdepan kes perceraian di mahkamah.

Kamal juga memberitahu dia juga perlu berkejar ke lokasi penggambaran di Kuantan, Pahang selepas kes perceraian dengan, Uqasha selesai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain