suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kakak ipar minta ‘pinjam’ MyKasih nak beli barang anak... Wanita tak sangka disindir belum ada zuriat!

Dalam apa jua keadaan, kita perlu tahu menjaga adab apatah lagi ketika meminta bantuan orang. -Gambar hiasan AI

INISIATIF Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKasih sememangnya membantu meringankan beban kewangan rakyat, khususnya untuk mendapatkan barangan keperluan harian.

Bagaimanapun, bantuan itu tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk mengambil kesempatan terhadap orang lain, termasuk ahli keluarga sendiri.

Situasi itulah yang dikongsikan seorang wanita apabila meluahkan rasa kurang senang terhadap sikap kakak iparnya yang selamba mahu menggunakan bantuan MyKasih miliknya.

"Kakak suami aku pernah minta guna MyKasih sebab nak beli barang keperluan anak dia. Dia kata peruntukan bahagian suami dia dah habis beli keperluan anak," kongsinya di Threads.

Inisiatif kerajaan menerusi MyKasih sememangnya meringankan beban kewangan lebih-lebih lagi bagi golongan berpendapatan rendah. -Gambar hiasan AI

Menurut wanita tersebut, dia bagaimanapun menolak permintaan kakak iparnya itu kerana beranggapan bantuan tersebut adalah haknya sendiri.

Tindakannya itu bagaimanapun mengundang reaksi kurang senang apabila kakak iparnya didakwa mengeluarkan kata-kata sindiran.

ARTIKEL BERKAITAN: Niat tolong adik beristeri dua makan diri, 4 tahun bagi sewa rumah tapi tak pernah bayar... Siap ugut nak cederakan kakak sendiri!

ARTIKEL BERKAITAN: Kakak asyik suruh adik mengasuh anak, tak fikir orang bujang pun ada life sendiri! Paling sedih hulur RM10 je

"Dia kata... tiada anak lagi tak mengapalah. Yang ada anak ni beli susu dan lampin pakai buang pun dah dekat RM100.

"Disebabkan kau dah ada anak, aku pula yang kena tanggung kehidupan kau? Hidup berdua bukan bermakna komitmen kita sikit," luahnya lagi.

Mengulas lanjut, wanita itu menjelaskan dia mempunyai alasan tersendiri untuk bertegas kerana sudah 'serik' dengan perangai kakak iparnya yang suka mengambil kesempatan.

"Dia guna kereta aku daripada minyak ada separuh sampai nak habis pun dia tak mengaku," ujarnya.

  • Seorang wanita meluahkan rasa kurang senang apabila kakak iparnya meminta menggunakan MyKasih miliknya.
  • Dia menolak permintaan itu kerana bantuan tersebut adalah haknya sendiri.
  • Kakak iparnya didakwa menyindir dengan alasan perlu membeli susu dan lampin anak.
  • Wanita itu mengakui sudah serik dengan sikap kakak iparnya.
  • Netizen menasihatinya supaya tidak mudah memberi ruang untuk diambil kesempatan.

Rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan wanita berkenaan dan berpendapat setiap orang bertanggungjawab terhadap komitmen dan perbelanjaan keluarga masing-masing tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

Ada juga yang menasihati wanita itu supaya menetapkan batas dalam hubungan kekeluargaan bagi mengelakkan dia terus diambil kesempatan.

 "Jangan bagi kad pengenalan kepada sesiapa. Kalau kesian, awak boleh tolong belikan je.

"Big no walaupun keluarga sendiri. Laki ada, tanggunglah.

"Senang hidup ya nak pakai orang punya. Fikir susah dia je," demikian antara komen netizen. 

Artikel Lain