suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kelas PJ pun jadi isu, ibu murid Darjah 1 tak senang anak bebas bergaul lain jantina

Ibu bapa atau penjaga sewajarnya tidak membangkitkan perkara remeh hingga menyukarkan tugas guru. -Gambar hiasan AI

BUKAN sahaja kerenah murid yang kadangkala menguji kesabaran, malah sikap segelintir ibu bapa juga boleh menambah tekanan kepada guru dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pendidik.

Mana tidaknya, ada segelintir ibu bapa gemar mempertikaikan perkara kecil, sekali gus menyukarkan tugas guru yang sudah sedia sibuk menguruskan pelbagai tanggungjawab di sekolah.

Situasi itulah dikongsikan seorang guru apabila meluahkan rasa kurang senang terhadap tindakan ibu kepada salah seorang anak muridnya yang mempertikaikan aktiviti subjek Pendidikan Jasmani (PJ).

Guru berdepan pelbagai cabaran dalam mendidik. -Gambar hiasan AI

"Anak Darjah 1. Ibunya complain tak bagi kelas PJ campur lelaki perempuan. Tak elok katanya bergaul berlainan jantina," tulisnya menerusi satu perkongsian di Threads.

Bagaimanapun, guru itu menjelaskan bahawa aktiviti berkenaan tidak melibatkan sebarang sentuhan fizikal antara murid lelaki dan perempuan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahan murid tak siap kerja waktu rehat, guru ditengking ibu bapa seawal 7 pagi

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bapa ajar anak jadi pemalas, suruh cikgu ingatkan kerja sekolah! - “Senang saya minta siapkan awal”

Malah, dia turut menggambarkan cabaran yang terpaksa dihadapi guru Pendidikan Jasmani apabila perlu mengendalikan kira-kira 40 murid dalam satu-satu masa.

"Cikgu PJ struggle teruk handle 40 budak serentak and you have the audacity to complain (tanpa serba salah nak mengadu)," luahnya kecewa.

Tidak bermaksud memperbesarkan isu berkenaan, sebaliknya guru itu berharap ibu bapa lebih memahami dan rasional sebelum menyuarakan sesuatu perkara.

  • Seorang guru kurang senang apabila ibu kepada muridnya mempertikaikan aktiviti Pendidikan Jasmani (PJ).
  • Ibu murid berkenaan mendakwa mencampurkan murid lelaki dan perempuan sebagai tak menjaga batas.
  • Guru itu menjelaskan aktiviti berkenaan tidak melibatkan sebarang sentuhan fizikal.
  • Dia turut berkongsi cabaran mengendalikan kira-kira 40 murid dalam satu-satu masa ketika kelas PJ berlangsung.
  • Netizen ,engecam tindakan ibu murid itu dan menyifatkan aduannya sebagai perkara remeh yang menyukarkan tugas guru.

Di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam ibu pelajar tersebut yang disifatkan 'benak' kerana membangkitkan perkara remeh sehingga menyukarkan tugas guru di sekolah.

"Kenapa dia tak hantar anak dia pergi sekolah yang semua perempuan atau lelaki?

"Cadangan saya, minta dia tukar anak dia ke sekolah satu jantina sahaja.

"Cikgu ajak je mak dia suruh sertai sekali untuk urus 40 orang tu," komen segelintir netizen.

Artikel Lain